PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Sunday 18 May 2014

Kinabalu Pine Resort, Kundasang, Sabah

Sebaik tiba di Kundasang, kami memilih Kinabalu Pine Resort sebagai lokasi penginapan kami.

Antara keistimewaan Kinabalu Pine Resort ini adalah kedudukannya yang sangat strategik di kawasan berbukit untuk melihat lebih dekat pemandangan indah puncak Gunung Kinabalu dan sekitarnya.Dari pintu bilik penginapan sahaja, kita dapat melihat dengan jelas puncak Gunung Kinabalu sekiranya tidak di selaputi kabus.

Puncak gunung kinabalu di selaputi kabus kerana cuaca hujan.

Pemandangan indah dari balconi Kinabalu Pine Resort.

Rumah arnab pun ada, budak-budak suka la..  ;)




Awal pagi..

Pemandangan pagi  Gunung Kinabalu dari balconi resort. Puncak masih di selaputi kabus.

 Selain itu, saya sangat sukakan persekitaran resort ini yang dingin, tenang dan mendamaikan. Di kelilingi bukit-bukau, pohon-pohon menghijau, memang sangat sesuai untuk merehatkan minda. Jarak antara satu resort ke resort yang lain juga tidak terlalu rapat dan padat serta lebih privacy. Sesuai juga sebagai lokasi honeymoon. Makanan yang dihidangkan untuk sarapan pagi dan makan malam juga memuaskan. Semasa makan malam di sini kami menikmati steamboat yang sangat sesuai dalam cuaca sejuk disana. Selepas kenyang menikmati makan malam, kami bersiar-siar di sekitar resort dan sempat berkaraoke di tempat yang di sediakan resort tersebut.

Lagi gambar di sekitar resort.











Restoran masa breakfast.














Ok, bye bye Kinabalu Pine Resort, kami ingin kembali ke kota kinabalu melawat tempat-tempat menarik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...