PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Friday 16 May 2014

Tempat-tempat menarik di SABAH


Kundasang dan Ranau, Sabah.

Ok selepas 2 bulan pulang dari US, iaitu pada Julai 2012, kami sekeluarga bersama keluarga mertua bercuti ke Sabah. Antara tempat-tempat yang di lawati dan tempat-tempat menarik di  Sabah ialah di Kundasang dan Ranau. Di Kundasang adalah tempat di mana terletak Taman Negara Kinabalu yang juga adalah kawasan rekreasi kaki gunung kinabalu. Manakala di Ranau terdapat kolam air panas Poring yang sgt popular.

Sebaik sampai di airport Kota Kinabalu, kami semua terus mengambil van sewa yang telah di booking lebih awal  menuju ke Kundasang dan bermalam di sana utk menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu. Sebaik tiba di Tamparuli, kami melintasi sebuah rumah yg agak unik iaitu rumah terbalik. Rumah terbalik bukanlah antara senarai tempat yg ingin di lawati kerana kami mungkin terlepas pandang.. namun lokasinya yg berada di tepi jalan dan jln tersebut pula adalah satu-satunya jalan dari Kota Kinabalu ke Kundasang, pasti menggamit sesiapa sahaja untuk singgah dan melihat dari dekat keunikan rumah terbalik tersebut. Oleh kerana kesuntukan masa, kami mengambil keputusan untuk singgah sebaik pulang dari Kundasang keesokannya.


Pemandangan gunung kinabalu dari resort penginapan kami.



    Oowwwhh ramainya ahli keluargaku..





Dah confuse pulak, gambar2 di atas ni di Kundasang atau di New Zealand ni...? hehe



Antara pemandangan cantik di Kundasang.. macam kat overseas kan :)

baru sampai di kolam air panas poring, Ranau, Sabah



Di kolam air panas poring juga terdapat jambatan gantung.

Sebelum sampai ke jambatan gantung kena mendaki bukit dan meredah hutan dulu, kami ingat dekat, rupa-rupanya boleh tahan jauh juga, takpela adventure sikit.. :)


ha dah sampai jambatan gantung, boleh tahan ketinggiannya..

 
Apa-apa pun memang best kat jambatan gantung poring ni, selain mengeluarkan peluh mendaki bukit, dapat juga menikmati keindahan kehijauan khazanah alam semulajadi..

Semasa berada di Kundasang dan Ranau, kami bermalam di Kinabalu Pine Resort. Nak tahu lebih lanjut keseronokan dan keistimewaan  resort tersebut, jom ke entri seterusnya.. ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...