PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Sunday 18 May 2014

AVANI Sepang Goldcoast Resort


Semalam check-in di AVANI Sepang Goldcoast Resort menghabiskan masa di sini bersama keluarga tercinta sebelum fly ke Spain pada minggu berikutnya.

Sebenarnya dah lama aim nak stay kat resort ni sbb resort ni sangat unik, rekabentuknya ala2 sebuah resort yang pernah di lihat di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Kedudukan resort ini terletak di pantai Bagan Lalang, Sepang iaitu laluan jalan lama atau jalan kampung dari Banting, Selangor menuju ke Port Dickson. Sekiranya dari pekan Banting kita pasti melalui pantai morib dan di sana juga terdapat beberapa resort terkenal. Jarak dari pantai morib ke pantai bagan lalang adalah dalam 40km. Pada mulanya kami juga berasa agak jauh, tapi sebenarnya tidak lah terlalu jauh. Tetapi seeloknya untuk tiba ke sini eloklah kita bertolak awal dari rumah agar tidak terlewat tiba di resort yang cantik ni. Kalau tersampai awal takpe, boleh bersiar-siar dulu di pantai sekitar resort dan mana tahu kalau bernasib baik, pihak hotel beri kebenaran untuk check-in awal kerana bilik dah ready.

Keunikan resort ini ialah ia dibina di atas pantai dan susun aturnya seperti sebuah pohon kelapa. Sekiranya di lihat dari udara, memang cantik sangat2 pemandangannya. Sebab tu dulu nama lama resort ni Golden Palm Tree Exotic Resort and Spa. Waa punyala hafal sebab aim one day nak try stay sini, patutla masa google dah tak keluar ' Golden Palm Tree ...' tu. Type 'Golden Palm Tree...' keluar 'Avani Sepang Goldcoast..' type lagi 'Golden Palm Tree...' keluar lagi 'Avani Sepang Goldcoast...' finally, cuba check Avani tu betullah resort yang sama tapi sekarang dah tukar nama kepada AVANI Sepang Goldcoast Resort.





Lepas check-in, buggy dah menunggu untuk menghantar guest ke bilik/rumah masing-masing. Jangan risau, perkhidmatan buggy sangat banyak dan walaupun di hari minggu kita tak perlu tunggu lama untuk menaiki buggy tersebut untuk sampai ke bilik yang sememangnya agak jauh di antara satu sama lain.




Perkhidmatan basikal juga di sediakan untuk tetamu yang ingin meronda-ronda, berulang-alik ke bilik dan kegunaan sepanjang menginap di sini. Yang best boleh park di bilik hotel masing2 buat macam basikal sendiri, hehe..tapi awas, basikal tersebut hanya boleh di gunakan di sekitar resort sahaja, kalau ada yang nak bawa keluar dari resort memang kena wisel dengan guard kat sana.




Tiba di bilik, semuanya sangat teruja dengan dekorasi dan rekabentuk resort yang sangat cantik. Jom lihat gambar resort dua bilik yang kami tempah di booking.com ni.




















Sebaik tiba dan berehat-rehat di bilik, apalagi, anak-anak dah tak sabar nak ke kolam renang. Seperti biasa kalau ke hotel/resort, pasti kolam renang menjadi sasaran utama anak-anak. Waa cantik sungguh kolam renang di Resort ini dan juga pemandangan di sekelilingnya, amat menenangkan..






Di sebelah malam, oleh kerana kedua ibubapaku tidak mahu keluar jauh untuk menikmati makan malam,kami hanya dinner di dalam resort. Inilah suasana malam di Resort. 







Selepas menikmati makan malam, kami menaiki buggy untuk bersiar-siar di kawasan lobby. Setelah pusing-pusing, ronda2, tinjau2 dan duduk2 kami pun kembali menaiki buggy yang terus menghantar kami sehingga di depan pintu bilik. Menurut pekerja di situ, perkhidmatan buggy di sediakan 24 jam. So, kalau anda keluar ke mana-mana dan pulang lewat, tak perlu risau untuk menaiki buggy pulang ke bilik.




Suasana pagi di Avani Sepang Goldcoast Resort. Tenang mendengar kocakan air.




Apa-apa pun saya sangat berpuas hati semasa menginap di sini kerana keselesaan dan ketenangannya dan saya merancang akan menginap di sini lagi pada masa akan datang.


3 comments:

  1. The best time to go for holiday would be on Sunday, after the weekend crowd has left. Its cheaper and you can get the resort all to yourself most of the time. If your friends want to go, try booking here to get cheaper rates Book Avani Sepang Gold Coast Resort at Discount Rates

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, thank you for your info Thrift Solutions

      Delete
  2. as salam admin..maaf tumpang iklan, utk sahabat2 yg ingin bercuti di avani resort, 2 bedroom villa rm600, 0122208140

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...