PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Friday 22 May 2015

Majlis hari lahir fira bertemakan Ana Muslim

Entri kali ni lari topik pasal pelancongan sikit. Catatan harian kali ni nak kongsi cerita tentang majlis hari lahir anak ketigaku, Fira, tempoh hari.

Tanggal 25 April lepas merupakan ulangtahun kelahiran Fira yang ke 2 tahun. Mula-mula terfikir utk adakan majlis kecil-kecilan  dengan hanya menjemput ahli keluarga terdekat.

Tiba-tiba en suami memberi cadangan utk adakan majlis buat anak dara kami seorang tu yang kebetulan jatuh pada hari sabtu. Semuanya gara-gara berkenan dengan candy buffet yang sangat popular di majlis2 birthday anak kawan2.Mujur cadangan tu di beritahu selepas birthday anak kedua iaitu lebih kurang akhir bulan Mac. Oleh itu ada lagi sebulan untuk adakan persediaan rapi.

En suami memberikan 100% idea dan tugasan kepada saya. Maknanya dia minta tolong saya uruskan segala persiapan. Seronok bila di beri kepercayaan  untuk uruskan semua ni, lebih-lebih lagi kebanyakan idea saya dan pilihan makanan di persetujui olehnya.

Sebenarnya inilah kali pertama kami mengadakan majlis hari lahir di rumah. Sebelum ni just beli kek dan prepare goodies bag untuk di raikan di sekolah anak2. Masa tu terfikir nak buat tema yang jarang orang buat dan lain dari yang lain. Bosan dengan tema frozen yang dah terlalu banyak, saya memilih tema Ana Muslim untuk majlis ni.

Ternyata tema ni di sambut baik oleh event planner kami, Cik Murni Suranti Latip yg di tugaskan untuk mendekorasi candy buffet. Dia kata ok jugak sebab jarang orang buat dan experience baru untuk dia.

Oh ya, masa majlis ni kami menjemput Yaya Magic Clown untuk menghiburkan kanak-kanak dan anak yatim yang di jemput. Saya memilih pakej selama satu jam setengah yang merangkumi unlimited ballons design, organize potong kek, games dan sound system. Memang sangat meriah sekali majlis dengan kehadiran Yaya Magic Clown.

Jom layan gambar-gambar sempena birhday fira tempoh hari.



Saya dah lama berkenan nak buat mini table untuk anak-anak kecil enjoy makan. Meja untuk kanak-kanak seperti di atas kami sewa melalui Puan Aireen 012-655 9025.







Candy buffet di atas di deco oleh Cik Murni Suranti Latip. Contact no. dia 012-376 0524. Untuk makluman, selain menawarkan servis dekorasi candy buffet pelbagai tema,Cik Murni juga mengambil tempahan kek, cupcake, tempahan catering dan aneka makanan tempatan dan barat. Jangan risau kek dan makanan lain memang sedap dan di jamin tidak menghampakan. Ini kerana setiap kali ingin mengadakan majlis, saya mesti tempah kat cik Murni Suranti Latip and team. Di jamin memuaskan.





Goodies beg untuk kanak-kanak ni, di sediakan oleh saya sendiri. Dari dulu lagi saya sangat obses dengan paper bag, so goodie bag untuk kanak2 juga saya sediakan paper bag untuk di isikan beberapa jajan dan mini party toy. Paper bag tu di beli online dengan harga yang sangat murah iaitu RM 0.70 sen je satu. Saiznya sederhana dan dapat memuatkan 2 botol mineral water size kecil.

Kemudian saya design dan tempah sticker untuk di lekatkan di paper bag tersebut. Kos sticker pun tak mahal, dalam satu A3 yang memuatkan 12 keping sticker berharga RM6. Bagi saya murah dan berbaloi sebab sticker tu besar jugakk, tapi tak pasti kalau kat tempat lain boleh dapat lagi murah.







Tema warna masa tu pink dan purple sesuai untuk birthday girl. Alhamdulillah majlis tempoh hari berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah. InsyaaAllah kalau rajin, lain masa boleh adakan lagi.

8 comments:

  1. boleh dapatkan contact number clown service. tq kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yaa.. ha ahla lupa nak share contact no. clown, kesian clown, hehehe..
      ok contact no Yaya Party Station 012-222 0923

      Delete
  2. boleh dapatkan contact number clown service. tq kak.

    ReplyDelete
  3. boleh dapatkan sontact sewa kerusi dan meja kanak-kanak... tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, sewa kerusi dan meja kanak2 boleh contact Puan Aireen 012-6559025

      Delete
  4. Very nice! Kerusi yang kecil tu u sewa kat mana ya? Boleh share contact? Thank u so much!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, boleh sewa pada Puan Aireen 012-6559025

      Delete
  5. salam...boleh dapatkan contact utk khemah tu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...