PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Wednesday 17 June 2015

USA 2012 : Part 4, LA Disneyland

Hari di mana lawatan kami ke Disneyland adalah hari terakhir kami di negara Uncle Sam. Pagi- pagi lagi kami dah bangun serta rasa bersemangat nak ke LA Disneyland yang sentiasa menjadi sebutan.
Di sebabkan bilangan kuota yang nak ke Disneyland membolehkan kami menyewa sebuah truck yg ala2 bas juga. Kami pun menyewa bas tersebut untuk pengangkutan pergi dan pulang.

Kenapa menyewa dan kenapa tak naik bas yang disediakan tour agent. Sebenarnya di sebabkan kesilapan teknikal, pakej percutian kami tidak termasuk lawatan ke Disneyland. Pemergian kami ke Dis neyland adalah perancangan saat akhir, sebab alang2 dah sampai LA, elok sgtlah ke Disneyland, enjoy2 kejap. Akhirnya sampai juga kami ke sana.



masa kami pergi kebetulan hari tersebut adalah hari minggu. Oleh itu ramai juga lah warga tempatan yang membanjiri Disneyland tersebut. Sangat tension bila terpaksa beratur panjang untuk main apa-apa game. Tapi apa yg sgt berbaloi adalah bila hampir kesemua game sgt2 menarik, mencabar dan mencapai standard kepuasan hati yang tinggi menyebabkan hati terubat dek kena beratur panjang tadi, hadoi.. 

Lepas dah terkinja-kinja merasai keseronokan bermain game yg kebanyakan ala-ala roller coaster, kami pun bersiar2 di sekitar sambil melihat persembahan pancaragam.



Sebelum pulang, sempat juga kami singgah di kedai menjual cenderahati Disneyland sambil meninjau-ninjau harga, sebab kalau mahal sgt mmg tak membeli. Seperti di jangka walaupun Disneyland Taman Tema bertaraf Antarabangsa, tapi serius, barang2 cenderahati di jual adalah  pada harga yang sangat berpatutan dan mampu di beli.

Selepas melawat Disneyland, kami pun pulang awal sedikit ke hotel untuk bersiap-siap ke Airport dan akan pulang ke Malaysia pada tengah malam.

Selamat tinggal USA..! :))

p/s : will upload more pics, tiba2 tgok gmbar kenangan Disneyland takde dlm my laptop tapi dlm laptop hubby, so pics di atas diambil dari photo album di fb. Mujur lagi.. ;))

2 comments:

  1. Seronok baca kisah bercuti ke us..boleh share mcmn nak buat visa ke sana?

    Jemput singgah blog sy ye

    http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ahla Marsha, lupa nak share cara nak buat visa ke US. Semuanya online, masuk ke website US Embassy, isi online form and submit. nanti pihak embassy will call for interview. Ika pun last 3 years buat, nanti ada kesempatan akan share di blog. Salam perkenalan ye, ada kesempatan boleh singgah di blog marsha :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...